Thursday, February 17, 2011

Kursus kewangan dan Akaun

Seramai 27 orang Pengetua dari Daerah Melaka Tengah mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan dan perakaunan pengolaan IAB bertempat di BTPN Bukit Katil Melaka. Kursus berlangsung selama 3 hari dari 16-18 Feb 2011.
Penceramah terlibat adalah Dr Marzita Binti Abu Bakar dan En Yahya Bin Mohamed dari IAB Induk dan Pn Hjh Halijah Binti Ariffin dari IAB Zon Selatan.

Pengisian kursus adalah
  • pengurusan geran perkapita
  • pungutan dan terimaan
  • perolehan dan bayaran
  • buku tunai dan pats
  • panjar wang runcit
  • pengurusan aset dan stor 
  • akauntabiliti dalam pengurusan kewangan 
  • penilaian dan isu kewangan.

Jemputan bentang Kertas Kerja

IAB KPM akan menganjurkan Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Intruksional Ke 7 pada 2 hingga 5 Mei 2011 bertempat di IAB Cawangan Utara Jitra Kedah
IAB ingin menjemput pengetua seluruh Negeri Melaka yang berminat untuk membentang kertas kerja dalam kolokium tersebut.Sekiranya perlu IAB juga akan menyediakan 2 orang pensyarah yang akan membantu pengetua tersebut dalam menyediaka kertas kerja pembentangan .
Sila hubungi Puan Noriza Bt Mohamed Nasir ditalian 04-9147000/ 019-5586652 atau hantarkan emel kepada norizamn@iab.edu.my.