Thursday, October 1, 2009

Program Immersion



Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan program Immersion iaitu perkongsian bestari bagi pengetua yang baru dilantik bersama pengetua cemerlang Negeri Melaka .Pengetua baru akan berkunjung ke sekolah pengetua cemerlang dan mendapatkan maklumat dan diberi penerangan tentang skop-skop pengurusan sekolah .
1. Pengurusan Organisasi di SMK seri Pengkalan
2. Pengurusan Kewangan di SMK Munsyi abdullah
3. Pengurusan Kurikulum di SMK Tinggi perempuan
4. Pengurusan Sumber Manusia diSMK Dang Anum
5. Pengurusan Infrastruktur dan fizikal di SMS Muzaffar Syah
6. Pengurusan Hal Ehwal Murid di SMk Seri Mahkota
7. Pengurusan Pejabat di SMK Ghafar Baba.

Pengetua baru yang terlibat adalah
1. Pn Latifah Harun SMK Padang Temu
2. Tn Hj Ismail Alaudin SMK Ade Putra
3. En Md nor Md Dan SMK Nyalas
4. En Razali Ali SMK ayer Keroh
5. En Roszelan Majid SMK Kg Gelam
6. Tn Hj Yaman Abdul Latif SMK Sultan Mansur Syah

Majlis Persaraan




Pada hari Rabu 31 Sept satu majlis meraikan persaraan Pengetua Kanan SMK Rahmat , Kuala Sg Baru puan Hajah Julia Binti Mahmud telah di adakan di sekolah tersebut bermula jam 1000 pagi .Kehadiran rakan-rakan pengetua,PIBG,JKK, komuniti , pegawai PPD dan Pengarah Pelajaran memeriahkan majlis yang berlangsung dalam suasana sambutan Hari raya bertemakan Majlis Budimu Dikenang , Baktimu Di Julang. Selamat Bersara dan semoga dirahmati Allah dalam segala perancangan selepas ini kepada Puan Hajah Julia .