Friday, January 7, 2011

Penyampaian cek kecemerlangan


Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan sumbangan cek kecemerlangan peperiksaan awam tahun 2011 kepada semua guru besar sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah di Audotirium Yayasan Melaka. Ketua Menteri dan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang turut hadir bersama semua ADUN Negeri Melaka berkesempatan juga untuk menyampaikan amanat dan harapan kepada pencapaian pendidikan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka kerana keperihatinan dan memberi sokongan untuk kemajuan pendidikan di negeri ini.