Wednesday, July 27, 2011

Seminar Pendidikan Kebangsaan 2011

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 18 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia  berlangsung  dari 25- 26 Julai 2011 bertempat di Institut Aminudin Baki Genting Highland.
Seramai 6 orang pengetua bersama 6 guru besar PPD , ketua sektor dan Pengarah JPM turut serta . Program ini di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Tuan Puan boleh mendapatkan bahan ceramah dan kertas kerja dari pautan ini .

Monday, July 18, 2011

Jamuan Meraikan Persaraan Datuk Hj Isa

Bertempat di Restoran King 1, Hotel King pada 15 Julai 2011 bermula jam 3 ptg Jumaat MPSM ,Cawangan Melaka dan Majlis Guru besar bersama meraikan persaraan Datuk Hj Isa bin Haji Abu, mantan Pengarah Pelajaran Melaka dan Mantan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.
Majlis berlangsung dalam suasana yang ceria dan bertepatan dengan tarikh lahir Datuk Hj Isa. Wakil MPSM dan MGB telah berucap dan menyampaikan cenderamata kenangan.



Tuesday, July 12, 2011

Mesyuarat Profesional Pengetua

Mesyuarat Profesional Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Negeri Melaka Bil 2/2011 akan di adakan pada tetapan
 Tarikh : 20 hingga 22 Julai 2011 ( Rabu- Jumaat)
Tempat : The Zon Regency Hotel Johor Bahru
Masa dan tempat bertolak: 1000 pagi ( 20 Julai di BTPN Melaka)

Tuan/puan juga diminta membawa bersama perkara berikut
a) lampiran B borang maklumat guru cemerlang
b) lampiran C1 hingga C6- borang Rekod profil Pentadbiran