Tuesday, June 1, 2010

Makluman NKRA Untuk Pengetua

Pengetua dan guru data daerah Melaka Tengah hadiri bengkel SIT
di makmal komputer SMS Muzaffar Syah 14 Jun 2010
PINDAAN TARIKH MENANDATANGANI PERAKUAN TAWARAN BARU.


Adalah dimaklumkan bahawa tarikh menandatangani Perakuan Tawaran Baru oleh Pengetua telah dipinda dari 7 – 11 Jun 2010 kepada 15 - 22 Jun 2010 disebabkan oleh masalah teknikal.

Sehubungan dengan itu, laman untuk menandatangani Perakuan Tawaran Baru ditutup buat sementara dan akan beroperasi semula mulai jam 8.00 pagi pada 15 Jun 2010 hingga jam 12.00 tengah malam 22 Jun 2010.

Semua Pengetua dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan Perakuan Tawaran Baru dalam tempoh yang telah ditetapkan (15-22 Jun 2010).

Bagi Pengetua yang telah mencetak perakuan tersebut, pihak tuan dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan semula. Semua Pengetua perlu mengemukakan salinan perakuan tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing dalam tempoh berkenaan (15-22 Jun 2010).

Dalam tempoh yang sama, pihak PPD akan melaksanakan pemantauan dan pengesahan penerimaan salinan dokumen perakuan Tawaran Baru sekolah-sekolah di bawah PPD masing-masing secara online.

TARIKH PENGISIAN SIT UNTUK SEKOLAH MENENGAH.


Pengisian School Improvement Toolkit (SIT) untuk sekolah menengah akan bermula mulai 12 Jun 2010 sehingga 27 Jun 2010.

Sehubung dengan itu, semua Pengetua dimohon untuk melaksanakan perkara tersebut menerusi laman sesawang NKRA-Pendidikan mulai tarikh yang telah dinyatakan diatas. Sila gunakan UserID yang sama semasa perlaksanaan Tawaran Baru. Contoh: PGB.