Wednesday, October 27, 2010

Majlis Persaraan KPPM


Jabatan Pelajaran Melaka dan warga pendidik yang terdiri dari pegawai JPM, pengetua dan guru besar i meraikan persaraan YBhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Medan Ikan bakar terapung  pada 27 Okt 2010.Turut hadir adalah Datuk Pengarah Pelajaran Melaka dan YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin .Majlis bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam di isi dengan ucapan dan penyampaian cenderamata . 

Friday, October 22, 2010

Mesyuarat Khas AJK MPSM

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Melaka mengadakan mesyuarat khas bertempat di BTP Bukit Katil jam 3 petang 22 Oktober .Dipengerusikan YDP DR Rosnanaini Sulaiman mesyuarat membincangkan beberapa perkara antaranya
  • post mortem Hari keluarga MPSM
  • aktiviti akhir tahun 
  • kewangan persatuan
  • persaraan ahli 
  • pertukaran ahli 
  • perlantikan baru 
  • peperiksaan selaras 
Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat terakhir untuk setiausaha MPSM Melaka Pn  Shaleha Abdol yang akan bersara pada awal bulan November nanti.

Disertakan juga disini pautan untuk penyediaan SKT untuk pengetua sebagai contoh 

Monday, October 18, 2010

Acara hari Keluarga

Pada pagi Ahad 17 Oktober berttempat di SMk tinggi Perempuan Melaka telah berlangsung hari keluarga Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Melaka menghimpunkan pengetua dan keluarga masing-masing
Antara pengisian acara adalah sukaneka melibatkan kalngan pengetua, anak-anak keluarga pengetua, cabutan bertuah dan jamuan .Kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang sudi merasmikan program menambah keceriaan majlis .

Thursday, October 14, 2010