Saturday, February 19, 2011

Kolokium Pendidikan

Majlis kolokium Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Negeri Melaka Tahun 2011  di adakan pada ketetapan berikut
Tarikh; 23 Feb 2011 ( Rabu)
Masa : 7.45 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Teknologi Pendidikan , Bukit Katil, Melaka
Tema: Trasformasi Pendidikan Menjana Modal Insan Berkualiti

Thursday, February 17, 2011

Kursus kewangan dan Akaun

Seramai 27 orang Pengetua dari Daerah Melaka Tengah mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan dan perakaunan pengolaan IAB bertempat di BTPN Bukit Katil Melaka. Kursus berlangsung selama 3 hari dari 16-18 Feb 2011.
Penceramah terlibat adalah Dr Marzita Binti Abu Bakar dan En Yahya Bin Mohamed dari IAB Induk dan Pn Hjh Halijah Binti Ariffin dari IAB Zon Selatan.

Pengisian kursus adalah
  • pengurusan geran perkapita
  • pungutan dan terimaan
  • perolehan dan bayaran
  • buku tunai dan pats
  • panjar wang runcit
  • pengurusan aset dan stor 
  • akauntabiliti dalam pengurusan kewangan 
  • penilaian dan isu kewangan.

Jemputan bentang Kertas Kerja

IAB KPM akan menganjurkan Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Intruksional Ke 7 pada 2 hingga 5 Mei 2011 bertempat di IAB Cawangan Utara Jitra Kedah
IAB ingin menjemput pengetua seluruh Negeri Melaka yang berminat untuk membentang kertas kerja dalam kolokium tersebut.Sekiranya perlu IAB juga akan menyediakan 2 orang pensyarah yang akan membantu pengetua tersebut dalam menyediaka kertas kerja pembentangan .
Sila hubungi Puan Noriza Bt Mohamed Nasir ditalian 04-9147000/ 019-5586652 atau hantarkan emel kepada norizamn@iab.edu.my.

Monday, February 14, 2011

Mesyuarat Ajk MPSM bil 2/2011

Mesyuarat tersebut di adakan di BTPN Bukit katil pada jam 230- 5 ptg Hari Jumaat 11feb.2011. Antara perkara yang menjadi agenda mesyuarat adalah 


  • Kolokium Pendidikan 1/2011 pada 23 Feb 2011 di BTP 
  • Mesyuarat AJK MPSM Kebangsaan pada 7,8 dan 9 Mac 2011 di Hotel Legacy
  • Hal-hal berkaitan pengurusan peperiksaan percubaan PMR, SPM dan STPM
  • Majlis meraikan persaraan Tuan Pengarah JPM pada 27 Mei di Hotel Equatorial
  • Karnival Pendidikan Melaka pada 5-8 Mei 2011 di MITC
  • Sambutan hari guru peringkat Negeri Melaka