Wednesday, December 22, 2010

Kunjungan Hurmat


AJK MPSM Cawangan Melaka diketuai oleh YDP Pn Hjh Dr Rosnanaini Sulaiman dengan diiringi oleh 5 orang ajk yang lain membuat kunjungan hurmat kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajara Melaka Tuan Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib  di JPM pada jam 130-230 petang tadi. Kunjungan ini bertujuan untuk berkenal mesra dan memaklum serta membincangkan   beberapa aktiviti MPSM tahun 2011.

Monday, December 20, 2010

Perjumpaan pengetua

Semua pengetua dikehendaki hadir untuk perjumpaan  mengikut ketetapan berikut
1. Pengumuman keputusan PMR 2010
 23 Dis 2010 ( Khamis)
8 pagi -11 tengah hari
8     pagi:pendaftaran dan sarapan pagi
850 pagi: Ketibaan Pengarah Pelajaran Melaka
9.00pagi:
Bacaan Doa
Makluman pengurusan keputusan PMR
Pengumuman keputusan PMR Oleh Pengarah Pelajaran Melaka
1000 pagi: serahan keputusan PMR kepada pengetua
1030 pagi: bersurai
            
Dewan Bestari Bukit Baru
Jabatan Pelajaran Melaka

2.Taklimat Khas operasi sekolah dan Program Redeployment Negeri Melaka oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
29 Dis 2010 ( Rabu)
8 30 pg- 930 pg: pendaftaran
930  pg-  10 pg :ucapan aluan Pengarah Pelajaran Melaka
1000 pg-12 th:
Ucapan Oleh Yang Berbahgia Dato' Noor Rezan Binti Bapoo Hashim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
( Sektor Operasi Pendidikan)
12.00 tengah hari : Makan tengah hari
Bersurai

Dewan Auditorium Al Azim
Bukit Palah, Melaka

Saturday, December 18, 2010

Monday, December 13, 2010

Meraikan Mantan Pengarah

Semua pengetua diminta menghadirkan diri untuk majlis meraikan pertukaran dan kenaikan pangkat Mantan Pengarah Pelajaran Melaka Datuk Haji Isa bin Haji Abu yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka pada ketetapan berikut

Tarikh : 15 Dis 2010
Hari : Rabu
Masa : 8 malam
Pakaian : batik

Pengetua yang ungin menyampaikan penghargaan kepada datuk pada malam itu diminta menyerahkannya kepada meja juruacara pada malam tersebut.Terima kasih

Wednesday, December 8, 2010

Pengetua Melaka 2010

Ahli Jawatan Kuasa 

Daerah Jasin dan Alor Gajah

Daerah Melaka Tengah 

Monday, December 6, 2010

Mesyuarat Khas AJK MPSM

Mesyuarat ini di adakan di SMK Malim pada hari Isnin bermula jam 12 th - 4 petang dipengerusikan oleh YDP Dr Hjh Rosnanaini .Antara agenda mesyuarat ajk hari ini adalah
  • ucapan pengerusi
  • pengesahan minit mesyuarat lalu
  • isu kepengetuaan Melaka
  • penerbitan buletin, journal, dan karya kreatif pengetua
  • senarai tugas AJK 2011
  • persidangan tahunan MPSM di Klang Selangor
  • majlis meraikan pertukaran datuk pengarah 
  • program persatuan tahun 2011
  • hal-hal berkaitan kewangan persatuan 
  • hal-hal lain

Ma'al Hijrah 1432 H

TEMA 
“1Malaysia 1Ummah”

Thursday, December 2, 2010

Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka

Semua pengetua dan AJK Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Melaka  ingin mengucapkan selamat bertugas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib kerana telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Ketua Pusat Konsultasi dan Mentoring (DG52) di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highland Pahang.
Tahniah dan Selamat meneruskan perkhidmatan cemerlang tuan di Negeri Melaka...

Friday, November 26, 2010

Majlis Penyerahan tugas Setiausaha


Jawatankuasa MPSM Cawangan Melaka  mengadakan majlis High Tea untuk meraikan persaraan Pn Shaleha Abdol di Hotel Permaisuri MITC petang ini. Penyerahan tugas setiauasaha dari Pn Shaleha kepada Cik Hjh Jamilah juga dilakukan bersaksikan YDP Dr Hjh Rosnanaini pada majlis yang sama.

Saturday, November 20, 2010

Thursday, November 4, 2010

Majlis Persaraan Puan Shaleha Abdol

Majlis persaraan Pengetua SMK Seri Tanjung Pn Shaleha Binti Abdol berlangsung hari ini 4 Okt 2010 di dewan sekolah tersebut bermula jam 11 pagi. Kehadiran pengetua , PPD, Ketua sektor dan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, guru juga murid memeriahkan majlis. Majlis dipenuhi dengan ucapan , persembahan murid dan guru , penyampaian hadiah dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Selamat Bersara ...Terima Kasih Cikgu

Wednesday, October 27, 2010

Majlis Persaraan KPPM


Jabatan Pelajaran Melaka dan warga pendidik yang terdiri dari pegawai JPM, pengetua dan guru besar i meraikan persaraan YBhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Medan Ikan bakar terapung  pada 27 Okt 2010.Turut hadir adalah Datuk Pengarah Pelajaran Melaka dan YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin .Majlis bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam di isi dengan ucapan dan penyampaian cenderamata . 

Friday, October 22, 2010

Mesyuarat Khas AJK MPSM

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Melaka mengadakan mesyuarat khas bertempat di BTP Bukit Katil jam 3 petang 22 Oktober .Dipengerusikan YDP DR Rosnanaini Sulaiman mesyuarat membincangkan beberapa perkara antaranya
  • post mortem Hari keluarga MPSM
  • aktiviti akhir tahun 
  • kewangan persatuan
  • persaraan ahli 
  • pertukaran ahli 
  • perlantikan baru 
  • peperiksaan selaras 
Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat terakhir untuk setiausaha MPSM Melaka Pn  Shaleha Abdol yang akan bersara pada awal bulan November nanti.

Disertakan juga disini pautan untuk penyediaan SKT untuk pengetua sebagai contoh 

Monday, October 18, 2010

Acara hari Keluarga

Pada pagi Ahad 17 Oktober berttempat di SMk tinggi Perempuan Melaka telah berlangsung hari keluarga Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Melaka menghimpunkan pengetua dan keluarga masing-masing
Antara pengisian acara adalah sukaneka melibatkan kalngan pengetua, anak-anak keluarga pengetua, cabutan bertuah dan jamuan .Kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang sudi merasmikan program menambah keceriaan majlis .

Thursday, October 14, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Selamat hari Raya Aidilfitri untuk semua pengetua, pentadbir dan warga pendidik Malaysia

Thursday, August 12, 2010

Monday, July 26, 2010

Mesyuarat Pengurusan Pengetua Kali Kedua 2010


Jabatan Pelajaran Melaka  mengadakan mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut
Tarikh : 25-27 Julai 2010
Hari : Ahad hingga Selasa 
Tempat : Suria Resort ; Hotel , Johor Bahru


Jadual Mesyuarat
25 Julai ( Ahad)
 pendaftaran (430 ptg)
 Perkongsian Ilmu dengan Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah JB


26 Julai ( Selasa)



27 Julai ( Rabu)

Friday, June 25, 2010

Resolusi Persidangan PKPSM Ke 49


Pengetua -pengetua Sekolah Menengah Malaysia seramai 600 orang yang bersidang pada 22 Jun hingga 24 Jun 2010 di Hotel Grand River View Kota Bharu Kelantan beriltizam dengan penuh keikhlasan untuk :

  • menghayati misi dan visi KPM berteraskan NKRA 
  • menginsafi kepentingan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan berkualiti dalam memacu kegemilangan pendidikan negara 
  • mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berkualiti dalam pengurusan sekolah selaras dengan gagasan 1 Malaysia 
"Murid Didahulukan , Pencapaian DiUtamakan"

Berpandukan kepada tema persidangan kali ini
"KEPIMPINAN BERKUALITI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA"

kami peserta persidangan dengan penuh harapan memohon agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

    1.Memberi pertimbangan secara serius terhadap cadangan PKPSM Malaysia iaitu
             (i) menetapkan jawatan hakiki pengetua pada gred DG52
            (ii) mewujudkan gred jawatan JUSA B dalam kalangan pengetua
           (iii) menaikkan elauan tangungjawab pengetua dari RM150 kepada RM 600

    2. Meneliti semula proses pelaksanaan New Deal ( tawaran baru) dalam konteks pemberian ganjaran kepada sekolah bukan kepada individu berasaskan peningkatan prestasi sekolah

    3. Melibatkan dan mengambil kira pandangan PKPSM dalam sebarang pelaksanaan pembaharuan dasar pendidikan bermula dari peringkat awal

   4. Memastikan kebajikan pengetua diberi perhatian dengan sewajarnya.

Aturcara Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan


Selasa
2 ptg :Pendaftaran
8 malam : ceramah SIT En Abdullah Mohd Yunus ( Timb Pengarahb Perhubungan Sekolah KPM)

Rabu
8 pagi :ceramah pengurusan pemikiran Prof Datuk Dr Hussin @Mohammad b.Abd Rahman Pengarah UITM Kelantan
11 pagi : Forum Isu dan cabaran pelaksanaan NKRA
Prof Madya Dr Mohammad Agus b Yusoff (UKM)
Dato Hajah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim (Timbalan KPPM)
Datuk Haji Hassan Harun ( Pengarah sekolah antarabangsa Wadi Sofia)
230 ptg : Perasmian pembukaan oleh Tan Sri Dato Haji Alimuddin b, Haji Mohd Dom (KPPM)
8 malam : jamuan makan  Malam Serendah Sekebun Bunga

Khamis
8 pagi : Taklimat Oreantasi dan mentoring guru permulaan oleh Dr Mohd Nasruddin Basar (BPG)
9 pagi :Mesyuarat Agung PKPSM ke 49
11 pagi : Perasmian penutup oleh Dato Haji Zulkifly b. Mohd Wazir (Pengarah Bahagian sekolah Harian)
2 petang : bersurai

Tuesday, June 22, 2010

Mesyuarat pengurusan Profesional PKPSM bil 3/2010


Mesyuarat pengurusan Profesional PKPSM bil 3/2010 dan Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia Kali ke 49 di adakan di Hotel Grand River View Kota Bharu Kelantan pada 21-24 Jun 2010. Seramai 21 pengetua Melaka diketuai YDP DR Hjh Rosnanaini Bt Sulaiman telah mewakili PKPSM cawangan Melaka.
Tema persidangan kali ini adalah Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia .Pengetua yang mewakili PKPSm Melaka adalah 

  • Dr Hj Rosnanaini Bt Sulaiman
  • Tn Hj Omar Bin Saban
  • Pn Shaleha Bte Abdol
  • Pn Hjh Umaizahrah Bt Alwi
  • Pn Hjh Khalijah Bt Abd, Rahman
  • Pn Hjh Masnah Bte Md Nor
  • Pn Hjh Salamah Bt Hashim
  • Tn Hj Muhd Hairi b.Tamam
  • Pn Azallah bt Salleh
  • Pn Hjh Norizan Bt Ismail
  • Tn Hj Rashid B. Abd Hamid
  • Tn Hj Md Rashid b Hussin
  • Cik Hjh Jamilah Bt Ismail
  • En Chu Eng Koh
  • Tn Hj Lazis b Jaafar
  • Tn Hj Yaman b. Abd Latib
  • Pn Hjh Rukiah Bt Mustakim
  • Pn Hjh Zariyah Bt Daud
  • Tn Hj Bari B Ahmad
  • En Roszelan B. Majid
  • Tn Hj Johari b Samad
Sempena persidangan ini PKPSM cawangan Melaka menerbitkan Jurnal Pendidikan  Mei 2010 

Tuesday, June 1, 2010

Makluman NKRA Untuk Pengetua

Pengetua dan guru data daerah Melaka Tengah hadiri bengkel SIT
di makmal komputer SMS Muzaffar Syah 14 Jun 2010
PINDAAN TARIKH MENANDATANGANI PERAKUAN TAWARAN BARU.


Adalah dimaklumkan bahawa tarikh menandatangani Perakuan Tawaran Baru oleh Pengetua telah dipinda dari 7 – 11 Jun 2010 kepada 15 - 22 Jun 2010 disebabkan oleh masalah teknikal.

Sehubungan dengan itu, laman untuk menandatangani Perakuan Tawaran Baru ditutup buat sementara dan akan beroperasi semula mulai jam 8.00 pagi pada 15 Jun 2010 hingga jam 12.00 tengah malam 22 Jun 2010.

Semua Pengetua dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan Perakuan Tawaran Baru dalam tempoh yang telah ditetapkan (15-22 Jun 2010).

Bagi Pengetua yang telah mencetak perakuan tersebut, pihak tuan dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan semula. Semua Pengetua perlu mengemukakan salinan perakuan tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing dalam tempoh berkenaan (15-22 Jun 2010).

Dalam tempoh yang sama, pihak PPD akan melaksanakan pemantauan dan pengesahan penerimaan salinan dokumen perakuan Tawaran Baru sekolah-sekolah di bawah PPD masing-masing secara online.

TARIKH PENGISIAN SIT UNTUK SEKOLAH MENENGAH.


Pengisian School Improvement Toolkit (SIT) untuk sekolah menengah akan bermula mulai 12 Jun 2010 sehingga 27 Jun 2010.

Sehubung dengan itu, semua Pengetua dimohon untuk melaksanakan perkara tersebut menerusi laman sesawang NKRA-Pendidikan mulai tarikh yang telah dinyatakan diatas. Sila gunakan UserID yang sama semasa perlaksanaan Tawaran Baru. Contoh: PGB.

Tuesday, May 4, 2010

Kolokium Pendidikan Kali Kedua

Kolokium ini akan diadakan bertempat di BTP Bukit Katil pada 5 Mei 2010 untuk semua pengetua sekolah Menengah Negeri Melaka
Aturcara   ;
800 pagi : Pendaftaran
815 pagi : Taklimat pengendalian peperiksaan percubaan PMR, SPM ,STPM
                Permata Pintar
                Blog Permata Pintar
845 pagi: Perasmian oleh Pengarah JPM
10   pagi: Rehat
1030 pg: SIP Program pembangunan Sekolah
               En Abd Mutalib Osman ( PPD Melaka Tengah)
1230 pg: Makan Tengahari
    2  ptg : Taklimat Pembestarian Sekolah
                Hj Mohd Nor bin Hj Abu
                KPP, BTP
    3  ptg : Strategi  mencapai SBT
                Tn Hj Baharuddin Burhan (Pengetua SMS Muzaffar Syah)
                Strategi mencapai SBT
                Spesifikasi SBT

Tema Kolokium " Melonjakkan kecemerlangan Sekolah Menengah Negeri Melaka melalui SBT"
Objektif Kolokium adalah
  • untuk mempertingkatkan kecemerlangan kepimpinan pengetua sekolah Menengah Negeri Melaka
  • untuk menentukan hala tuju atau landasan baharu bagi menjadikan Sekolah Menengah di Melaka bersifat futuristic dan memenuhi keperluan profesionalisme dalam dan luar negara
  • melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka melalui pewujudan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai salah satu daripada komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara

Tuesday, April 6, 2010