Friday, January 21, 2011

Monday, January 17, 2011

Taklimat Profesional bil1/2011


Taklimat profesional pengetua-pengetua sekolah menengah Negeri Melaka Kali Pertama tahun 2011 akan di adakan pada ketetapan berikut
  • Tarikh : 18 Januari 2011 (selasa)
  • Masa : 0800 pagi - 0500 petang
  • Tempat : bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi , BTP, Bukit Katil Melaka
Agenda 
  1. Taklimat Puan Pengarah*
  2. Takliamat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah *
  3. Taklimat Ketua Sektor Pegurusan akademik *
  4. Taklimat Ketua Sektor K3P *
  5. Kewangan
  6. Penyerahan Koleksi Tesis Master dan PHD kepada BTPN
  7. Perkongsian Pintar dengan SMK Seri Tanjung
  8. Taklimat Program Aktiviti MPSM
  9. Pengambilan gambar Buletin
  10. Mesyuarat AJK MPSM
  11. SPK Kewangan Bil 8 Tahun 2010, Pautan 2 SPK kewangan*
Semua pengetua diminta hadir ke taklimat berkenaan .Terima kasih
* bahan taklimat untuk di download 

Sunday, January 16, 2011

Cubit-Cubit Sayang

Penerbitan Penulisan Kreatif 2011 ( Antologi Cerpen)

Matlamat;
Mengetengahkan peluang kepada pengetua-pengetua mendukumentasikan pengalaman dalam mengurus dan mentadbir sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran

Objektif:
Membolehkan pengetua-pengetua mencurahkan pengalaman mereka meguruskan sekolah melalui penulisan kreatif untuk panduan dan rujukan .
Memperbanyakkan khazanah bertulis MPSM cawangan Melaka

Nama Buku : Cubit-Cubit Sayang

Tarikh akhir penyerahan karya : 28 Feb 2011 dalam bentuk soft copy dan hard copy

Tarikh Pelancaran: sebagai salah satu program sambutan Hari Guru 2011

Pembayaran : RM 200 bagi setiap karya yang berjaya dipilih oleh panel

Tuan/puan boleh menghubugi Dr Hajah Rosnanaini Sulaiman YDP MPSM Melaka atau Tn Hj Ismail Bin Sulaiman, Pengetua SMK Hang Kasturi untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan ini .

Saturday, January 15, 2011

Mesyuarat AJK MPSM bil 1/2011

Mesyuarat yang dipengerusikan Oleh Dr Hjh Rosnanaini Sulaiman berlangsung jam 245 ptg sehingga 5 ptg bertempat di BTPN Bukit Katil  pada Jumaat 14 jan 2011
Antara agenda mesyuarat petang itu adalah

Tuesday, January 11, 2011

Majlis Persaraan Hjh Aminah Hassan



Majlis persaraan ini telah berlangsung di SMK Sultan Alauddin pada pagi 10 Jan 2011 dengan kehadiran Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka serta rakan pengetua.Selamat Bersara untuk Puan Hjh Aminah Bt Haji Hasan semoga puan kekal sehat dan bahgia bersama keluarga tercinta.

Friday, January 7, 2011

Penyampaian cek kecemerlangan


Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan sumbangan cek kecemerlangan peperiksaan awam tahun 2011 kepada semua guru besar sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah di Audotirium Yayasan Melaka. Ketua Menteri dan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang turut hadir bersama semua ADUN Negeri Melaka berkesempatan juga untuk menyampaikan amanat dan harapan kepada pencapaian pendidikan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka kerana keperihatinan dan memberi sokongan untuk kemajuan pendidikan di negeri ini.