Friday, June 25, 2010

Resolusi Persidangan PKPSM Ke 49


Pengetua -pengetua Sekolah Menengah Malaysia seramai 600 orang yang bersidang pada 22 Jun hingga 24 Jun 2010 di Hotel Grand River View Kota Bharu Kelantan beriltizam dengan penuh keikhlasan untuk :

  • menghayati misi dan visi KPM berteraskan NKRA 
  • menginsafi kepentingan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan berkualiti dalam memacu kegemilangan pendidikan negara 
  • mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berkualiti dalam pengurusan sekolah selaras dengan gagasan 1 Malaysia 
"Murid Didahulukan , Pencapaian DiUtamakan"

Berpandukan kepada tema persidangan kali ini
"KEPIMPINAN BERKUALITI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA"

kami peserta persidangan dengan penuh harapan memohon agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

    1.Memberi pertimbangan secara serius terhadap cadangan PKPSM Malaysia iaitu
             (i) menetapkan jawatan hakiki pengetua pada gred DG52
            (ii) mewujudkan gred jawatan JUSA B dalam kalangan pengetua
           (iii) menaikkan elauan tangungjawab pengetua dari RM150 kepada RM 600

    2. Meneliti semula proses pelaksanaan New Deal ( tawaran baru) dalam konteks pemberian ganjaran kepada sekolah bukan kepada individu berasaskan peningkatan prestasi sekolah

    3. Melibatkan dan mengambil kira pandangan PKPSM dalam sebarang pelaksanaan pembaharuan dasar pendidikan bermula dari peringkat awal

   4. Memastikan kebajikan pengetua diberi perhatian dengan sewajarnya.

Aturcara Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan


Selasa
2 ptg :Pendaftaran
8 malam : ceramah SIT En Abdullah Mohd Yunus ( Timb Pengarahb Perhubungan Sekolah KPM)

Rabu
8 pagi :ceramah pengurusan pemikiran Prof Datuk Dr Hussin @Mohammad b.Abd Rahman Pengarah UITM Kelantan
11 pagi : Forum Isu dan cabaran pelaksanaan NKRA
Prof Madya Dr Mohammad Agus b Yusoff (UKM)
Dato Hajah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim (Timbalan KPPM)
Datuk Haji Hassan Harun ( Pengarah sekolah antarabangsa Wadi Sofia)
230 ptg : Perasmian pembukaan oleh Tan Sri Dato Haji Alimuddin b, Haji Mohd Dom (KPPM)
8 malam : jamuan makan  Malam Serendah Sekebun Bunga

Khamis
8 pagi : Taklimat Oreantasi dan mentoring guru permulaan oleh Dr Mohd Nasruddin Basar (BPG)
9 pagi :Mesyuarat Agung PKPSM ke 49
11 pagi : Perasmian penutup oleh Dato Haji Zulkifly b. Mohd Wazir (Pengarah Bahagian sekolah Harian)
2 petang : bersurai