Friday, June 25, 2010

Resolusi Persidangan PKPSM Ke 49


Pengetua -pengetua Sekolah Menengah Malaysia seramai 600 orang yang bersidang pada 22 Jun hingga 24 Jun 2010 di Hotel Grand River View Kota Bharu Kelantan beriltizam dengan penuh keikhlasan untuk :

  • menghayati misi dan visi KPM berteraskan NKRA 
  • menginsafi kepentingan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan berkualiti dalam memacu kegemilangan pendidikan negara 
  • mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berkualiti dalam pengurusan sekolah selaras dengan gagasan 1 Malaysia 
"Murid Didahulukan , Pencapaian DiUtamakan"

Berpandukan kepada tema persidangan kali ini
"KEPIMPINAN BERKUALITI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA"

kami peserta persidangan dengan penuh harapan memohon agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

    1.Memberi pertimbangan secara serius terhadap cadangan PKPSM Malaysia iaitu
             (i) menetapkan jawatan hakiki pengetua pada gred DG52
            (ii) mewujudkan gred jawatan JUSA B dalam kalangan pengetua
           (iii) menaikkan elauan tangungjawab pengetua dari RM150 kepada RM 600

    2. Meneliti semula proses pelaksanaan New Deal ( tawaran baru) dalam konteks pemberian ganjaran kepada sekolah bukan kepada individu berasaskan peningkatan prestasi sekolah

    3. Melibatkan dan mengambil kira pandangan PKPSM dalam sebarang pelaksanaan pembaharuan dasar pendidikan bermula dari peringkat awal

   4. Memastikan kebajikan pengetua diberi perhatian dengan sewajarnya.

Aturcara Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan


Selasa
2 ptg :Pendaftaran
8 malam : ceramah SIT En Abdullah Mohd Yunus ( Timb Pengarahb Perhubungan Sekolah KPM)

Rabu
8 pagi :ceramah pengurusan pemikiran Prof Datuk Dr Hussin @Mohammad b.Abd Rahman Pengarah UITM Kelantan
11 pagi : Forum Isu dan cabaran pelaksanaan NKRA
Prof Madya Dr Mohammad Agus b Yusoff (UKM)
Dato Hajah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim (Timbalan KPPM)
Datuk Haji Hassan Harun ( Pengarah sekolah antarabangsa Wadi Sofia)
230 ptg : Perasmian pembukaan oleh Tan Sri Dato Haji Alimuddin b, Haji Mohd Dom (KPPM)
8 malam : jamuan makan  Malam Serendah Sekebun Bunga

Khamis
8 pagi : Taklimat Oreantasi dan mentoring guru permulaan oleh Dr Mohd Nasruddin Basar (BPG)
9 pagi :Mesyuarat Agung PKPSM ke 49
11 pagi : Perasmian penutup oleh Dato Haji Zulkifly b. Mohd Wazir (Pengarah Bahagian sekolah Harian)
2 petang : bersurai

Tuesday, June 22, 2010

Mesyuarat pengurusan Profesional PKPSM bil 3/2010


Mesyuarat pengurusan Profesional PKPSM bil 3/2010 dan Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia Kali ke 49 di adakan di Hotel Grand River View Kota Bharu Kelantan pada 21-24 Jun 2010. Seramai 21 pengetua Melaka diketuai YDP DR Hjh Rosnanaini Bt Sulaiman telah mewakili PKPSM cawangan Melaka.
Tema persidangan kali ini adalah Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia .Pengetua yang mewakili PKPSm Melaka adalah 

  • Dr Hj Rosnanaini Bt Sulaiman
  • Tn Hj Omar Bin Saban
  • Pn Shaleha Bte Abdol
  • Pn Hjh Umaizahrah Bt Alwi
  • Pn Hjh Khalijah Bt Abd, Rahman
  • Pn Hjh Masnah Bte Md Nor
  • Pn Hjh Salamah Bt Hashim
  • Tn Hj Muhd Hairi b.Tamam
  • Pn Azallah bt Salleh
  • Pn Hjh Norizan Bt Ismail
  • Tn Hj Rashid B. Abd Hamid
  • Tn Hj Md Rashid b Hussin
  • Cik Hjh Jamilah Bt Ismail
  • En Chu Eng Koh
  • Tn Hj Lazis b Jaafar
  • Tn Hj Yaman b. Abd Latib
  • Pn Hjh Rukiah Bt Mustakim
  • Pn Hjh Zariyah Bt Daud
  • Tn Hj Bari B Ahmad
  • En Roszelan B. Majid
  • Tn Hj Johari b Samad
Sempena persidangan ini PKPSM cawangan Melaka menerbitkan Jurnal Pendidikan  Mei 2010 

Tuesday, June 1, 2010

Makluman NKRA Untuk Pengetua

Pengetua dan guru data daerah Melaka Tengah hadiri bengkel SIT
di makmal komputer SMS Muzaffar Syah 14 Jun 2010
PINDAAN TARIKH MENANDATANGANI PERAKUAN TAWARAN BARU.


Adalah dimaklumkan bahawa tarikh menandatangani Perakuan Tawaran Baru oleh Pengetua telah dipinda dari 7 – 11 Jun 2010 kepada 15 - 22 Jun 2010 disebabkan oleh masalah teknikal.

Sehubungan dengan itu, laman untuk menandatangani Perakuan Tawaran Baru ditutup buat sementara dan akan beroperasi semula mulai jam 8.00 pagi pada 15 Jun 2010 hingga jam 12.00 tengah malam 22 Jun 2010.

Semua Pengetua dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan Perakuan Tawaran Baru dalam tempoh yang telah ditetapkan (15-22 Jun 2010).

Bagi Pengetua yang telah mencetak perakuan tersebut, pihak tuan dipohon untuk menandatangani dan membuat cetakan semula. Semua Pengetua perlu mengemukakan salinan perakuan tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing dalam tempoh berkenaan (15-22 Jun 2010).

Dalam tempoh yang sama, pihak PPD akan melaksanakan pemantauan dan pengesahan penerimaan salinan dokumen perakuan Tawaran Baru sekolah-sekolah di bawah PPD masing-masing secara online.

TARIKH PENGISIAN SIT UNTUK SEKOLAH MENENGAH.


Pengisian School Improvement Toolkit (SIT) untuk sekolah menengah akan bermula mulai 12 Jun 2010 sehingga 27 Jun 2010.

Sehubung dengan itu, semua Pengetua dimohon untuk melaksanakan perkara tersebut menerusi laman sesawang NKRA-Pendidikan mulai tarikh yang telah dinyatakan diatas. Sila gunakan UserID yang sama semasa perlaksanaan Tawaran Baru. Contoh: PGB.